Thursday, 2 August 2012

Cara buat dumpling kukus & goreng. hoho~

sejak akhir2 ni eringin nk buat dumpling. tapi malas giler kuwt. hahaha~
harap2 ringan la badan ni nk buat. lalala~

tadi godek2 kt pakcik Google menjari resipi dumpling..hari tu tengok junior
masterchef isabella ke sofia buat dumpling. fuy..nampak sedap. dumpling dye bley kukus & goreng.
haha~
so,layan~~~


Bahan-bahan ( 36 biji )

  • Untuk Kulit:
  • 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch)
  • 60g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1 cawan air panas
  • *70g tepung ubi (tapioca flour)
  • *1/2 cawan air sejuk (berais)
  • Untuk Inti:
  • #500g kucai, dipotong 1cm
  • #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
  • 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
  • 200g daging/ayam cincang
  • 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan
  • 2-3 cm halia, dicincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lain:
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara

  1. Sediakan doh untuk kulit:
    Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga rata, tutup dan biarkan sejuk sedikit (5-10 minit). Masukkan tepung ubi dan air sejuk, uli sehingga menjadi doh. Masa panas2 doh ni agak melekit, JAGAN tambah tepung lagi.
  2. Imgp1983
     Bila doh sudah betul2 sejuk, ia tidak melekat pada tangan, bahagikan doh kepada 36 bahagian yg sama. Taburkan sedikit tepung ubi jika perlu. Ketepikan.
  3. Untuk Inti:
    Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.
  4. Imgp1985
     Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.
  5. Imgp1988
     Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
  6. Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain.

    *untuk ini dye korang ley letak inti ikot citarasa sendiri. :)

    kredit to:
    http://www.myresipi.com

    so,bawah ni cara buat dumpling goreng pulak.. :)
    Bahan A - Untuk kulit
    Bahan-bahannya :
    2 cawan tepung gandum
    Air ( yang ni kene agak2 je)
    Sedikit garam
    Sedikit serbuk kunyit (untuk pewarna...tak letak pon tak pe..polis tak tangkap pon)

    Bahan B - Inti
    150 gm isi udang / ketam (cincang halus)
    25 gm  lobak merah (cincang halus)
    sedikit daun bawang (cincang halus)
    2 Ulas bawang putih (cincang halus)
    Sedikit lada sulah
    Sedikit tepung jagung (campur ngan sedikit air)
    1 sb sos tiram
    1 tsp minyak bijan
    sedikit minyak masak untuk menumis


    Cara membuatnya :
    Bahan A : Kulit
    1. Campurkan garam dan kunyit. Gaul rata. 
    2. Pastu masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh (tak melekit kat tangan)
    3. Rehatkan dalam 15minit pastu baru bulatkan jadi bebola kecil. Ni agak2 la..kalau nak besar boleh je.
    4. Pastu canaikan doh tadi. Tebal sikit je dari kulit popia..
    5. Buat sampai habis.
     
    Bahan B : Inti
    6. Tumiskan bawang putih sampai naik bau wangi.
    7. Masukkan isi ketam / udang tadi dan kacau rata. Masukkan sos tiram dan lobak merah.
    8. Masukkan pula garam, lada sulah dan tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau rata.
    9. Akhir sekali baru masukkan daun bawang dan minyak bijan. Gaul rata. Pastu biar sejuk.
     
    10.Isikan inti ditengah kulit dumpling yang dah di canai tadi dan sapukan sedikit air / telur putih di keliling inti. Lipat macam nak buat karipap tu.
    11.Buat sampai habis.
    12.Goreng dumpling dalam minyak penuh sampai kekuningan dan toskan.
    13.Boleh dimakan bersama mayonis atau sos cili.

    kredit to: http://puterisoven.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

Nanti saya dah berjaya buat,baru saya komen,insyaallah.(nak buat pun xtahu bila,bahan xbli lagi)

Yinz said...

hehe.. xpe, bila2 masa nk buat pn bley. good luck! :)

Unknown said...

Dumpling goreng tu...if kite buat sup boley x?

Yinz said...

buat sup? makan dgn sup? atau wat dumpling dlm sup?
haha. x sure la awk. hehe. cuba la dulu. awk buat partition. separuh goreng, 2, 3,4,5, ketul tu awk buat sup. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...