Tuesday, 25 February 2014

STREET DAKWAH DI MALAYSIA


-ALHAMDULILLAH-



Sedikit jawapan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre pada beberapa persoalan yang timbul dengan program Street Dakwah, di Sogo, KL, hari ini:

Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar?

Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau.

Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb?

Jawapan:
Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya", "pernah", tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Street dakwah kali ini menceritakan betapa di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ.

Bukan kena ada lapik ke?

Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan Tautan Rahmat. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan. Ingat kata kunci di sini, Street Dakwah!

Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke?

Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran.

Wanita boleh sertai?

Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat, bila pakaian ketika keluar menutup aurat kita dengan sempurna.

Link asal: yusof

Saturday, 15 February 2014

Result's Day

salam~
Alhamdulillah,,, 14hb feb 2014 result sem 3 bg UiTM telah selamat di keluarkan.. haha!

frankly speaking sem 3 ni aku banyak libatkan diri dgn aktiviti persatuan, kelab & koko, & xtvt yg aku rasa aku bley join as long as dye x ganggu masa aku. :)

sbb kecewa dgn result sem 1 & sem2 yang x berapa nk best aku telah berikhtiar untuk aktif pd sem 3. haha! so macam mana result aku?? well,,,, x check lagi! haha! hari ni hari ke 3 aku bertahan. hewhew~

sbenarnya aku serram..., tapi aku dah buat yg terbaik! insyaALLAH... :)
lgpn, aku nk tgk sama2 dgn mak aku. ary jumaat tu dye ngn bapa aku g terengganu sbb ada kelas kek. dye mengajar. myMomFb.

hari ni baru mereka balik kajang. doakan keselamatan mereka. amiinn.;.. :)



well, apa yang penting 3 steps untuk berjaya. doa,usaha, tawakal. :)
berserah la pada ALLAH... hehe.. T^T

if x berjaya, itu bukan bermakna kita gagal, sebaliknya ALLAH nak uji sekuat mana kita ni bergantung harap kepadaNYA. :)
mungkin xde rezeki pada Dean List, tp mungkin rezeki kita terlalu banyak dalam alam pekerjaan. so cheer up. :D


surat Ar-Ra'd ayat 11. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... artinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .

"......Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yg diberikan Allah kepadanya..."
(at-Thalaq : ayat 7)

KENAPA KITA DIUJI? Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)

KENAPA KITA TAK MENDAPAT APA YANG KITA INGINKAN? Firman Allah SWT: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216) 
  

p/s: doakan aku kuat. haha! :3

EDIT!: dah tgk result!! :3



Wednesday, 5 February 2014

uuu~ wattpad! hehe!


lol, menatang apa wattpad ni? haha~
actually wattpad ni a place where you guys can read a  free story. some kind like e-book? hmm~
it's a collection of people around the world. seriously, ive read an awesome stories made by them! hahha!

and yes, this pic is a screenshot of my story. haha!
sbenarnya da menulis lama dah...(at first i wrote in a book, coz i dont have any laptop or device before)
so sejak dah ada account wattpat ni aku type la balik.... hewhew~
masa umo 17 tahun, aku gila baca novel. masa tu uma dekat jgk la dgn pustakaan awam.
kt terengganu masa tu, haha~
ah.. rindu kakak tu. library. library tu share dgn tadika rasanya.
mmg banyak gila la novel! heaven! tu yg bila menulis,, idea mencurah2..
penuh gk la buku kosong aku ngn cerpen. hewhew~
alhamdulillah result SPM ok. haha~

masa sambung matrik, first2 tu rajin lagi singgah library tu, tp dah jarang balik,,
makin lama,,makin x pergi.. kad yg aku buat pn dah hilang. huhu...
warna pink! :3

btw, korang nk baca pn xya ada account pn xpe, sbb, as much as i remember, ak ada acc ni pn masa sem1.
b4 tu, aku install dlm phone je. pastu add in a library cite apa yg aku suka.
easy. :)

so then, aku nak share la apa yg ak ada buat.. hehe~

this is my link: http: miss mosh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...