Thursday, 29 December 2016

Cantik luar dalam

Cantik kan bunga ni?
Tapi cantik lagi uolls bila makan dian vitamin. 🙈😝

Cantik luar dalam taw. Bukan takat muka je cantik. 1 badan cantik. Ha, jangan memain. 😜

Uolls nak cantik 1 badan x? Wasap la #ainPwitty 011-33178261

===
Nak kulit bersih dan cantik ? #dianzvitamin
Nak susu meriah ? badan tenaga ? nak ikhtiar hamil ?  #dianzvitamilk

Dah tahu nak pilih mana? Pm wasap ain jer 011-33178261

Tuesday, 27 December 2016

KEHEBATAN TERAGUNG BUAH DELIMA UNTUK IBU MENGANDUNG. really?

KEHEBATAN TERAGUNG BUAH DELIMA UNTUK IBU MENGANDUNG. really?
---------------------

Hi Mommies!

Pagi ni ain nak share apa yang HEBAT sangat dengan buah delima untuk uolls semua. 😘

Selain dari makanan sunnah, dan buah yang disebut didalam Al-quran sebanyak 3x
.
Sebenarnya banyak lagi khasiat untuk ibu mengandung. Antaranya:
.
.
.
1. SISTEM IMUN
Vitamin C dalam buah delima ni boleh jadi sumber antioksidan untuk sistem imun baby dan mommy
.
2. PERKEMBANGAN OTAK JANIN
Asid folic boleh bantu perkembangan otak baby dan hindar penyakit berkenaan otak yang memang semua mommy nak elakkan
.
3. SUMBER NUTRISI
Sebiji buah delima ada dalam 40% vitamin C harian untuk orang dewasa
.
4. KULIT YANG CANTIK
Gula dalam buah delima sebagai bahan skrub untuk menyingkir kulit mati. Kulit mommy semua akan segar dan muda sentiasa
.
5. PEMBENTUKAN TULANG DAN GIGI BABY
Mineral dalam buah delima macam kalium dan fosfur bantu pebentukan tulang dan gigi baby yang lebih sempurna
.
6. ELAK DEHIDRASI
Natrium dan kalium dapat seimbangkn zat untuk elakkan mommy semua dehidrasi yang bagi kesan pada baby nanti
.
7. BANTU PROSES PENYEMBUHAN LUKA
Masa lahirkan baby nanti mungkin akan terjadi luka. Buah delima dapat membantu proses penyembuhan luka

Ha best en?? Buah delima pun termasuk dalam bahan Wajib dalam #Vitamilk. Perghhhh,,,,

So nak bertambah best meh la mommies semua amalkan vitamilk. 😘

=====

Nak kulit bersih dan cantik ? #dianzvitamin
Nak susu meriah ? badan tenaga ? nak ikhtiar hamil ?  #dianzvitamilk

Dah tahu nak pilih mana? Pm wasap ain jer 011-33178261

Monday, 26 December 2016

Cara hilangkan parut chicken pox

WOW!! Ni orang tak kena chicken pox pun jeless ni tengok 😂

Parut chicken pox hilang 100%. Kulit dah licin, bersih & cerah selepas consume 4 botol DV.

Alhamdulillahhhhh.
Ada yang nak rawat parut chicken pox??
Wasap ain 011-33178261.😘

Nak kulit bersih dan cantik ? #dianzvitamin
Nak susu meriah ? badan tenaga ? nak ikhtiar hamil ?  #dianzvitamilk

Dah tahu nak pilih mana? Pm wasap ain jer 011-33178261

SELEPAS SEMINGGU SUSU IBU MAKIN BANYAK

KASIH SEORANG ADIK. terharu you... 😭
===

Punyelah #caring sistur ni kat kakak dia sampai sanggup tunggu Vitamilk keluar,

Dah keluar je dia terus suruh kakak dia cuba. Kesian tengok akaknya nak uruskan baby kurang susu.
.
Dulu susah, stok susu tak cukup untuk hantar ke pengasuh. Sampai kena sentiasa pam sebab sikit sangat.
.
Lepas cuba dian vitamilk, Alhamdulillah tak sampai seminggu susu makin bertambah, sampai anak tersedak susu. 🙈
.
.
Dian vitamilk jimat, Halal, dan yang #penting baby sihat dan cerdas.

Berminat nak susukan anak sampai tersedak? 🙈
Pm wasap ain 011-33178261

#DianVitamin khusus untuk kulit.
#Vitamilk khusus untuk bakal ibu, ibu dan anak.

Dah tahu nak pilih mana? Pm wasap ain jer 011-33178261

Saturday, 24 December 2016

Susu badan pekat,anak tidur pun Lena

Anak Tidur Lena bila Susu Badan Pekat.
===

Sebelum ni ain ingatkan asal bagi susu badan je dah cukup.

Oh rupanya bila dah bersalin ni lagi macam-macam cabaran.

Ada yang Susu x banyak, susu cair,, So anak meragam sebab x kenyang...

Lagipun kebaikan susu badan sangat banyak. Mustahil mommies tak nak bagi anak rasa nikmat susu ibu ni. Huhu,,

Cuma kadang-kadang mungkin dah 'stuck',,dah ikut tips2 tapi susu tak seperti yang diharapkan,,

So mommies, boleh cuba #vitamilk. Booster untuk #tambah susu dan bagi #pekat susu.

Jimat, sebab just 1 sachet je sehari. Kalau lepas amalkan vitamilk tetiba bengkak susu ,boleh stop kejap(makan bila perlu). Ada 30 sachet.

Selain tu, mommies boleh cuba kurangkan stress diri. Sebab bila stres pun susu susah nak keluar. ☺

Dah cuba macam-macam tips Tapi nak bagi lagi BOOSTER?? Boleh cuba #vitamilk.

Pm wasap 011-33178261

#DianVitamin khusus untuk kulit.
#Vitamilk khusus untuk bakal ibu, ibu dan anak.

Dah tahu nak pilih mana? Pm wasap ain jer 011-33178261

Kulit sihat poleles

Amalkan dian vitamin dengan air masak je? 😱

Wah wah ,,, bestnya la kan dapat kulit sihat poleles gini.

Uolls Nak rawat kulit dari dalam serendah Rm1.50 sehari?

Pm wasap ain 011-33178261 😉

#DianVitamin khusus untuk kulit.
#Vitamilk khusus untuk bakal ibu, ibu dan anak.

Dah tahu nak pilih mana? Pm wasap ain jer 011-33178261

weyh korang,,, Aku dah Nikah. huhu.

salam.

Hi uolls. wakakaka,,, Ain simpan draft ni dari bulan 7 lagi. kekonon nak update laaaa,,,
Last-last busy settle life after marriage. Busy konvo. Busy jadi agent Dianz Vitamin. nyawww~

So nak inform kat uolls,,, Ain dah selamat jadi isteri kepada seorang lelaki tinggi macam galah. wakakka. Tu je. kbye. :p

Hahahaha,,,,

Meh la aku share sikit cara nak nikah. Lol. tapi sebab aku and Somi satu daerah, so mungkin lain sikit dengan berlainan daerah ni,

Well, aku n hubby kenal kat shah alam. dia kerja kat pJ, aku student kat UiTM. kami bertunang lepas kenal dalam 3bulan. haa,,, Masa nak jumpa family masing-masing barulah tahu,,, sama daerah. Lol,,,

Ikutkan masa bertunang (2015) ikat 2 tahun, tapi rezeki kan, Tahun 2016 gak dapat nikah. Tapi majlis next year la (2017) hahahaha,,,, eleh,,, apedehal, yang penting Wajib punya dah settle. kan?

Berdebar gile bak hangggg nak salam dia. Sedara paksa cium tangan. kalau ta, aku jabat tangan je. Lol

So, first, kene daftar dulu. Kalau nak manual,, borang boleh amik kat pejabat agama. kalau online. isi online form la. So, kami berdua Johor, so buka la link ni --> BorangNikahJohor

Daftar la,,,, Laki aku yang daftarkan, pastu borang dia isi semua. Kalau salah boleh edit. Tapi ada certain yang x boleh edit.

so kene call pejabat la tanya macam mana ye. Sebabkan kami buat online, memang rajin la aku call pihak pejabat. Lol

Isi je form. Pastu print. settle. Settle bahagian online la. hahaha,,,,

So dah settle borang, print la yg tulis CETAK nihhhh



Korang jangan risau, nanti ada gak borang untuk tick mana yang dah buat. Ez. Hoho,, pastu buat la macam dokumen ni suruh. Pergi la ambil darah (HIV), Ynag pening sikit kat nom 6 je. Nak photostad ic, nak borang nikah parents, nak surat akuan dari penghulu. alah,,,, xla susah sangat pun. Tapi sebab aku berkejar, kalau plan asal nikah bulan 6. Tu yang rushing tu. Hahaha.... Last-last dapat bulan7. sama jer. hoho..

Dah siap semua, dah ada ic, akuan, dll, pergi la hantar borang kat pejabat agama. Lelaki pakai songkok. Pastu kene temuduga. Bacaan al-fatihah, rukun islam, iman. camtuh je. settle,,,,

Dah boleh dah buat majlis Nikah.... :)

Bila dah nikah ni,, Memang lain giler,, sebab ko akan kenal family masing-masing. Perangai dia yang ko tak pernah tahu. Rahsia dia. and macam-macam lagi la. Apa-apa pun kene sentiasa jaga solat, dan berbincang kalau ada masalah... :)

kbye.
xoxo.

Tuesday, 14 June 2016

Kereta Kena Sondol? Ketahui Perkara Penting Yang Korang Harus Lakukan



Kes kemalangan kecil melibatkan kereta serperti kereta di sondol daripada belakang oleh kenderaan lain adalah perkara yang sering berlaku di atas jalanraya.

Walaupun hanya melibatkan kerosakan yang minima pada kenderaan, namun proses untuk menyelesaikan kes agar berlaku adil pada kedua belah pihak amat merumitkan.

Malah, ramai diantara kita tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila terlibat dengan kes sebegini. Oleh itu, berikut merupakan perkara penting untuk anda ketahui apabila terlibat dalam situasi tersebut.


1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.





7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah.

Sumber: FB Perodua Proton

Thursday, 2 June 2016

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Siapa yang rajin bolehlah buat ni. hahaha.
Takoyaki sedap ouhhhhh...mmmmmm....

Hasil dari melawat blog Life Is Beautiful

shall we start. :)

RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula.

BAHAN INTI :
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat..

CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang (Dulu saya guna tisu dapur dicelup dengan minyak, tapi tengok kat stall diorang guna botol sos cam gambar bawah ni aje.. lagi mudah)

2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh

3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang

4. Taburkan daun bawang dan kobis. Saya tengok kat stall letak banyak giler kobis

5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah

6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)

7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat 

8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan

9. Teruskan sampai nampak garing 

10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan

11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

BAHAN HIASAN ATAS :

Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea


Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi

RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI

1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)


notakaki:
Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit. Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..




by the way, siapa yang tengah mencari acuan takoyaki boleh ws saya -01133178261
RM89.00 SAHAJA. POS RM10S/RM18SS

hehe~

Wednesday, 25 May 2016

Apa KESAN ‘joint loan’ jika salah seorang peminjam MENINGGAL?

Salam semua... semoga sihat sentiasa. Artikel begini amat berguna untuk masa hadapan. makanya, aku pun share sekali untuk korang. yeayyyy~

"Salam Baroqah semua.. Sihat tak hari ini?

Bella doakan kita semua masih terus dipinjamkan rezeki kesihatan yang baik insyaAllah.

Ada yang bertanya Bella tentang isu MRTA/MRTT. Bella ada tulis sikit info ini dalam status yang lepas. Hari ini Bella nak tambah sikit lagi.. boleh?
Soalan: Apa kesan ‘joint loan’ jika salah seorang peminjam meninggal?

Ok, mari Bella kongsi sikit.

Contoh Joint Loan

Harga Rumah (Pinjaman 500k)

Bayaran bulanan: RM2500

MRTT cover 50%-50% (Suami 250k, Isteri 250k).

Suami meninggal, tinggallah isteri dan rumah impian bersama.

Isteri, boleh walk in ke bank (lebih mudah pergi ke home branch) bawa surat tawaran pinjaman (LO), sijil mati, salinan kad pengenalan.

Kalau dah tak jumpa LO, bawalah death cert arwah suami tu. Tuntut MRTT.

Bilamana salah seorang peminjam meninggal dunia dan ada perlindungan MRTT, bahagian si mati akan diselesaikan oleh MRTT.



Situasi di atas

50% daripada outstanding loan amount tu akan selesai. Jadi outstanding loanakan berbaki lagi separuh. Untuk bayaran bulanan pula, akan kekal RM2500 tetapi boleh minta untuk kurangkan sehingga 50%. Jika bayaran bulanan masih RM2500, bermakna tempoh pinjaman akan berkurang, sebaliknya, jika instalment berkurang tempoh pinjaman masih sama.

Dalam kes yang macam ni, bila bayaran bulanan berkurang, ia TIDAK dikategorikan sebagai ‘restructure’. Kita hanya buat ‘adjustment’ sahaja. Tetapi jika, peminjam yang masih hidup tak sanggup nak buat 50% bayaran bulanan dan mahu kurangkan lagi amaun, yang ini terus dikategorikan sebagai ‘restructure’.

Boleh faham tak ayat Bella?

Pendapat persendirian Bella, jika kita buat joint loan, untuk part insurans, lebih baik buat 50-50 atau pun lebihkan % untuk main contributor. Siapa yang bayar lebih untuk pinjaman tu, maka % nya pun dilebihkan.

Sebab apa? Dia yang main contributor. Memang kalau diikutkan sang suami (lelaki) lebih berisiko untuk mati cepat (maaf bahasa kasar) tapi cerita pasal mati ni, tak kira lelaki atau perempuan. Bila-bila masa boleh Innalillah.

Korang justify sendiri hal ini ok. Tetapi pastikan ambillah insurans. Kesian yang tinggal nanti.

Untuk penulisan lain boleh juga rujuk pada status Bella sebelum ini pasal MRTT:

1. MRTT vs MLTT

2. MRTT vs Loan

Harap-harap dapat membantu semua.

Love,
Bella Leana
Pegawai Bank"

MRTT vs Loan



MRTA/MRTT vs Loan..
➖➖➖➖➖➖➖➖

Korang, yang ada housing loan dan yang ambil MRTA/MRTT.. Bella nak tanya nih...


BY SIS BELLA LEANA

--> Korang tau tak MRTA/MRTT korang tu cover berapa tahun? Berapa amount yang dia cover? Masih valid lagi atau pun tidak??

Yang tau, bagus.. Alhamdulillah.. Korang mesti dah go thru korang punya LO/Policy kan?? Gud job.. 👍👍👍

Yang tak tau? Hurm.. Korang tengok balik policy MRTT/MRTA korang tu.. Kalau tak dapat policy, cek LO korang..

Kalau LO dan policy korang dah tak jumpa kat mana, esok pergi walk in ke bank request copy..

MRTA dan Loan.. Apa yang perlu korang ambil tau??

1. Amount of coverage..
Maksud nya, berapa jumlah loan yang insurance tu cover kalau terjadi apa2 pada korang..

2. Period/Term
Berapa lama coverage untuk insurance tu

3. Kalau dah expired, apa yang korang kene buat

Kenapa bella suruh korang ambil tau benda nih??

1. Tak semua coverage of MRTA/MRTA tu merangkumi seluruh amount loan yang korang ambil..

2. Tak semestinya loan 35 tahun coverage pun 35 tahun..

Kenapa jadi macam ni??

Korang ingat tak dulu masa korang apply loan, korang nak kalau boleh semua cost masuk dalam loan.. Ingat tak?? So banker adjust lah sikit.. 5% bukan banyak mana.. Tambah lagi bagi loan amount yang kecik..

So korang punya MRTA/MRTT macam mana??

Bukan apa.. Takut anything happen kat korang sekali dapat tahu yang korang punya insurance tak cover semua amount.. Yang paling sadis, insurance dah expired.. Sebab nk murah punya pasal, insurance cover 5tahun je..

Jangan harapkan banker explain page by page, kadang2 tak terkejar.. Biasanya banker akan explain point2 yang penting.. LO tu dah jadi korang punya tanggungjawab.. Go thru page by page.. Apa yang tak faham refer to banker.. Tambah lagi bab MRTA/MRTT.. Its something yang kita buat for our love ones.. Setuju??

Ok tak nih??

Selamat Malam..
Terima kasih sebab baca tulisan bella yang panjang lebar nih.. ☺☺☺

Love,
Bella Leana
Banker Pilihan Anda

MRTT vs MLTT


SHARE INFO YG BERMANFAAT daripada kak Bella Leana



-->Meh bella belanja luncheon..

Menu luncheon kita hari ni MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT

MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA - Mortgage Level Term Assurance
MLTT - Mortgage Level Term Takaful


Ofcos Assurance ni untuk konvensional while Takaful ni untuk islamic financing sebab patuh syariah

And ofcos insurance ni untuk rumah korang dan hanya cover Death & Total Permanent Disability sahaja.. (Mati & Kecacatan Kekal)

MRTA/MRTT
➖➖➖➖➖
Term "reducing" tu memain kan peranan penting yang mana menunjukkan bahawa untuk insurance ini hanya cover berapa balance of outstanding loan rumah korang..

Contoh:
Loan RM500k MRTA/MRTT 500k.. selepas 10 years outstanding ada RM400k so coverage pun hanya tinggal RM400k jugak..

Biasanya MRTA/MRTT lebih murah as compare as MLTA/MLTT dan boleh di capitalise dalam loan korang (include dlm loan sekali)
Dan tak boleh di transfer ke lain2 property..

Bank akan caj korang one lump sum amount..

Kalau korang jual rumah korang selepas 5 tahun loan, korang still dapat balik MRTA/MRTT korang..
Cth- coverage utk 30thn.. lepas 5 thn jual.. bank dah caj korang upfront sebab capitalised dalam loan.. the remaining 25 years of coverage tu bank akan pulangkan pada korang.. ramai yang tak sedar sebab bank dah siap tolak daripada baki loan amount korang..
Ramai yang ingat duit dia burn kalau dia jual..

Clear??

MLTA/MLTT
➖➖➖➖➖
Word "Level" tu dah bagi maksud yang agak jelas..
Untuk MLTA/MLTT, premium dia agak mahal sedikit.. sebab coverage dia takkan follow outstanding balance loan korang..
Contoh:-
Loan RM500k MLTA/MLTT coverage RM500k..
Selepas 10y.. loan outstanding ade RM400k tapi coverage still ada RM500k.. means kalau korang meninggal waris akan dapat lebihan coverage selepas setel outstanding loan kat bank..

Untuk MLTA/MLTT ni korang boleh bayar setahun sekali atau sebulan sekali atau 6bulan sekali atau 3bulan sekali..
And bank tak boleh capitalised untuk MLTA/MLTT ni (tak boleh masuk loan) so korang kene bayar sampai lah habis term of coverage..

MLTA/MLTT ni biasanya boleh di transfer..
Contoh: Coverage RM500k boleh cover untuk 2buah rumah harga RM250k dan bila loan outstanding dah reduce korang boleh tambah lagi property untuk same MLTA/MLTT

Clear tak???

P/s:: Bella bukan pakar insurance/Takaful..
Untuk lebih kesahihan tentang MLTA/MLTT boleh roger abang Azam Munawar.. Meh support senior bella ni sikit..

Harap dapat membantu korang2 yang blur2 tu..

Majulah Insurance untuk Negara

Love,
Bella Leana
Banker Pilihan Anda

Sunday, 22 May 2016

PORN: semua mesti SALAH perempuan ke?


"Perempuan tu pakai seksi kot... entah-entah dia yang gatal, tak jaga diri.... perangai memang nak mintak kena rogol..."

Jijik sangat statement ni.

Dan video latest tu. Gambar x-ray tu. Somebody posted it and I saw it. Couldn't sleep. Pagi tu ada exam Usul Fiqh II and I couldn't sleep. Because the trauma came back and I had to calm myself down or else tak boleh jawab exam.


It could've easily been one of us ladies. Could've easily been me...

Kenapa? Sebab I was a victim of sexual harassment. Not just one guy. So many. Some I knew. Most I didn't. Don't want to remember. Not once, but so many times. Lost count. Alhamdulillah I wasn't raped. Managed to escape the situation. Ran away. Left the scene. Left the environment. Left work in Damansara. Left Shah Alam. Ran.

Adakah benda-benda ni jadi dekat perempuan yang pakai dan behave menggoda je? Was I scantily clad, mekap tebal, seductive behaviour?

Tak. Pakai tudung, tutup dada. Pakai jubah. Seluar longgar, baju labuh. At one point, even pakai purdah - but I was told to take it off sebab nampak mysterious dan tempting. Always senyum. Tak menggatal. Bercakap lucah bukan zikir harian. Tak bertepuk tampar dengan lelaki.

Yet that happened.

And I was blamed each time.

Kenapa jalan tak ajak kawan?
Kenapa pakai tudung merah?
Kenapa pakai hitam dari atas sampai bawah?
Kenapa pakai lipstick, eyeliner?
Aiman senyum dekat diorang ke?
Dan macam2 lagi soalan. Ridiculous ones.

Kenapa salahkan Aiman? Aiman buat hal sendiri. Aiman tak kacau orang. Aiman siap pakai purdah supaya orang tak tengok muka Aiman. Why not analyze behaviour lelaki tu semua? Diorang memang membesar tak respect perempuan ke? Diorang selalu tengok porn ke? Violent porn? BDSM? Tak cukup kasih sayang dari mak ke? Kena tinggal kekasih pastu nak revenge ke?

Almost kidnapped dalam bas Rapid. Jalan dengan my brother, yet still ada lelaki yang langgar siku dia straight at my chest. Berdiri dalam bas. Kena sentuh punggung. Nak masuk kereta, lelaki tarik. Too many situations that I don't want to remember by writing this. I hate basements. I hate lifts. I hate closed spaces. I hate places that remind me of my struggle to escape. Kenapa tak report polis? Didn't want to remember the details. Didn't want to remember their demonic faces and filthy hands.

More than 4 years. Bertarung dengan depression. Post Traumatic Stress Disorder. Anxiety Disorder. Depended on psychiatrist's pills to survive. Pergi counseling centre macam part of jadual kelas. Pindah UIA, in hopes of a safer environment. Start hafal Quran to help heal my soul. My battered soul... Menjerit waktu exam Criminal Law sebab topik rape, murder, kidnapping terlalu menyakitkan. When I was in my second year, one of the lecturers used to call me once every 2 days to make sure I was still alive (God bless him). Terlalu sakit... Cut myself countless times so that pain kat dalam tu boleh keluar. Overdosed on pills. Spent six to seven months screaming everyday at home due to the pain inside my heart, inside my mind. Tried to die, by God I tried so many times. Tapi sambil tu sambil merintih doa supaya Allah bagi aku kekuatan untuk terus hidup. But that was a horrible period of my life.

Kenapa jadi teruk macam tu?

Sebab sesetengah lelaki sangat tak guna.

Jangan cakap tutup aurat penuh tu akan jamin selamat. One of my friends ada fetish suka perempuan tutup aurat. To quote, "lagi nampak alim dan terjaga lagi la exciting to imagine their moans when I corrupt them".

Bukan perempuan sahaja yang kena jaga diri.
Lelaki kena drill dalam diri yang perempuan itu untuk dihormati, bukan untuk diguna sesuka hati.
Islam dah datang untuk tinggikan maruah perempuan. Untuk dilindungi, dihormati, disayangi. Sebab tu la Quran cakap "Arrijalu qawwamun 'ala nisa". Sebab kau kena lead the way supaya perempuan tu dapat dijaga sebaik-baiknya. Yet you bising-bising perempuan kena hormat lelaki dan dan bila perempuan salah sikit you start demeaning perempuan sexually. Do you apply the same concept of hormat?

Baru tadi baca komen, "perempuan materialistik camni patut bagi barai dulu... hantaran murah sikit bila roadblock takda".

Baru haritu, kawan cakap, "Saja la kan. I think I would never marry you, y'know. Kau berat. Small girls are easier to maneuver during sex." Okay, never mind. Aku tak kisah pun aku overweight, less desirable you guys see me, the safer I am.

Again, do you apply the same concept of hormat to women?

Oh, and before you comment, "Lawa sangat ke Aiman ni sampai kena camtu?" No, don't have to be as pretty as Mira Filzah or Emma Watson for things to happen. It just happens.

Why? Because you simply view us as a piece of fuckable meat.

------------------------------
Sorry for the bad words. Need to let this out. So that people know that a safe environment is a shared responsibility: perempuan jaga diri, lelaki hormat perempuan. Safe and sound.

Share if you wanna.
-----------------------------
FYI alhamdulillah, sekarang dah sembuh. I'm okay now. Smiling and laughing again. Many thanks to those who helped me to live again. If anyone ever encountered similar experiences and need someone to talk to, buzz me up.


by : Aiman Kautsar

post up due to kes mangsa rogol ditusuk dengan cangkul

someone comment my share post by saying "the best way, is to get married" but i denied by saying "sama je. kawen ke x ke, kalau agama letak belakang x guna. banyak je sekarang kes suami dengan isteri orang n vice versa. both, ada tanggungjawab masing2."

cant say all these case should be solve my married. pffttt,,,,, perkahwinan, kalau sebab nak hamburkan nafsu pada si halal is right, betul, x salah. tapi betul ke tujuan utama perkahwinan tu just sbb nak SEX???

It MUST be Because of ALLAH.

contoh lah, memang 2-2 sudah x tahan, sangat2 bernafsu towards each other, puasa dah, mengaji dah, x contact sudah, tapi nafsu masih setinggi awan, makanya, jalan penyelesaian itu WAJIBLAH Nikah. sama-sama kene la berusaha untuk menjadi halal. cari kerja, cari duit, cari agama.

tak mampu?? JAGA AURAT JAGA PANDANGAN. BOTH. bukan perempuan sahaja, bukan lelaki sahaja. 

case closed. END.

FARAID: seronok ke dapat harta si mati?



Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam


ramai yg buta mata sebab harta, bising bab harta orang lain, tapi x sedar dah jadi kejam kat sedara sendiri. homaigad.....

siapa yg pernah buat macam ni, atau sedang, atau bakal, cepat2 la bertaubat. :)

Friday, 8 April 2016

[NAK TAHU CARA BUAT NATURAL TONER YANG BAGI KORANG KESAN YANG FABULOUS?]

Bragg

Yin nak share. Kulit kite ni perlukan makanan jugak selain supplement, makanan yg sihat, luaran pun kne jaga.

Toner. Yin kulit sensitif, so mmg susah nak jumpa yg sesuai. Hohoho,,,
So I guna natural punya.

Pkai 1 cup cuka epal + 1/2 cup air paip. Kalau bau dye kuat atau kulit korang pedih korang tambah air paip lagi. yin pkai 1cup cuka epal + 1cup air. Letak dalam botol spray. Lepas cuci muka pakai la. Then pkai krim uv, bedak, apa2 la yg korang pakai.

Beli cuka epal yg ada mother, mother tu cam keladak kat dasar botol, hehe,, yin pkai brand BRAGG. Harga dalam Rm28+.

So far alhamdulillah, parut dah kurang sikit, hole2 bekas jerawat pun dah start ok. Kulit alhamdulillah, bila balik kampung ramai tegur. Hehe...

Tapi yin x bergantung pada cuka epal je. Krim uv, minum air masak 1L sehari.


Thursday, 31 March 2016

throwback x berapa best. lol



Teringat zaman blaja dua tahun lepas kot if x silap.
Zaman yin nak start berubah jadi lebih baik... Yin ada bf time tu. Plan nak bertunang bila yin dapat 4flat 😂😂😂 atau tamat blaja..

time tu duduk kolej, rajin la g masjid, dengar kuliah semua. Allah jentik hati untuk berubah..
Selama berhubung jujur yin sangat2 nak berubah jadi lebih baik. Yin ckp dengan bf, kite contact bila perlu je. Yin nak jaga hubungan ni. Yin nak hubungn yang direstui Allah... so dia ckp ok. Jujur, awal2 tu memang susah giler,,,,sebab hari2 dah biasa contact. Huhu,, memang menangis la, sbb oi perit oi,,Pastu memang x contact dah,, yin ingatkan dia pun bersungguh nak jaga hubungan ni,,, tapi hati yin remuk,,, rupanya dalam masa x berhubung tu dia berhubung dengan perempuan lain,, nak ringkaskan cerita, kantoi sudah dia jatuh hati dengan rakan sekerja.

Dan banyak kali yin reject orang lepas tu, dan yin direject. Kahkahkah~😂😂😂😂

Exbf pun dah selamat jadi ayah kepada seorang anak lelaki.. tahniah. 😎

Setiap manusia ada kisah masing2,, jalan yang dipilih,, tapi pastikan jalan yg dipilih jalan yg baik...

Dan aku doakan kita semua kuat untuk hadapi apa2 ujian pun. Sbb Allah tahu kita mampu. Kecewa macam mana pun, jangan pilih jalan untuk hancurkan diri.. jangan,,

Sekian throwback pepagi buta. huhu~


Monday, 22 February 2016

"Every marriage is Stronger when God in it. Always pray "



Assalamualaikum/Hi...


THE BEST MARRIAGE ADVICE EVER!!

Choose to love each other even in those moments when you struggle to like each other. Love is a commitment, not a feeling.

Always answer the phone when your husband/wife is calling and when possible, try to keep your phone off when you’re together with your spouse.

"TEKAN SINI" :)

when they seek answers from me.

Assalamualaikum/hi, :)

its actually a nice feeling when somebody seeking for a advice from us and of course when we can help them.

There is a time when we have a problem and seeking for someone whom we can believe.

and i share it with you guys, hopefully from their questions you guys get the same answer, insyaAllah.

btw, dah dapat permission dari mereka untuk berkongsi. :)

"TEKAN SINI"

Friday, 19 February 2016

" Love Yourself before you Love Someone else "

Assalamualaikum/hi and morning! 
Have you ever wonder with this quote
" Love Yourself before you Love Someone else " ?
Tengah study ni tetiba je terfikir ayat tuh.. huhu. Bila fahamkan semula ayat tuh, sebenarnya dye nak kita mengHARGAI DIRI kita sendiri.,
<--🌸DIRI SENDIRI🌸-->
bila sayang diri sendiri automatik, kita akan buat dan cari yg TERBAIK untuk diri sendiri. Cari ilmu, cari partner, cari macam2 untuk KEPUASAN diri sendiri. Jaga badan, jaga diri, bukan untuk MENGORAT, tapi lebih kepada keyakinan dan kepuasan diri. Bila jaga badan automatic jaga kesihatan. Ohoho ~ 🙆💞🌸
Bila kita hargai diri sendiri, incase la kan tetiba kita ada partner yg buat hal, kita akan berfikir
" hek eleh, ko spe nak buat hal, ingat aku hadap sangat org macam ko " 😂😂😂😂
Dan, nak MOVE ON tu senang/mudah,insyaAllah. Kahkahkah ~ 🙆💞🌸
aku bersyukur dapat family and ada adik yg jenis mulut lancang kalau bab nasihat, bagi kakak dye berfikir sikit. Lolz 🙈
Dan ada someone yg selalu bebel kat aku bila aku tengah senget. Lulz~ 💁💞
Buat something yang kita minat, semua nya buat apa yang AWAK nak buat untuk KEPUASAN sendiri! Nak pergi ZUMBA, pergilah! Buat je apa yang awk nak.
TAPI ingat,
Jangan sampai langgar PERINTAH ALLAH. 🌸💞🙆

My Birthday Surprised!

Assalamualaikum/hi.

birthday yin telah selamat berlalu 13/2/2016. hohoho...
giler banyak kejutan. seronok. hihi....

13/2 tu pun wedding wani. classmates kat pahang. so aku ngn zura yg dari johor bergerak ke puchong, rumah Nab, esok pagi baru gerak Pahang.

'Click more' untuk baca :)


Amnesia Kecewa

Assalamualaikum/hi guys~

Amnesia stands for a  partial or total loss of memory. pernah alami?

haha..

yin dah lama pendam. Tapi harini baru dapat peluang nak update kat blog. btw, i sedang melayan mp4 sambil karok ciked. ohoho... (syok ah layan Hancur aku-Estranged ft Fazura)

back to topic,,
nak share yin alami untuk yg partial punye. even partial pun dye rasa sakit gak. haha... xde la tahap sampai masuk hospital. tahap dye just bila tengok gambar or bila borak dengan mak yin, yin akan "eh, bila?" "eh,ada?"
xtahu la kalau itu terlupa ke kan. kohkohkoh....

yin punye ex-bf, yin pernah kecewa sampai yin doa ALLAH lupakan yin pada dye. semua memori yang ada yin minta ALLAH buang.and yes, sampai yin kne take time siapa dye, dye yang mana, kenangan apa kami ada. kahkahkah,,, giler kecewa kaw.

kecewa,,, siapa tak kecewa hubungan x jadi,,, yin x sanggup nak jumpa
langsung. hahaha...

yang latest, yin punye tahap kecewa tu sampai yin bila tengok pic dye yin akan automatik fikir
"siapa dia ni?"
ahahaha... giler kecewa sampai x kenal tunang sendiri. lol~

p/s:ex-bf dengan tunang bukan orang yang sama.

betul,,, yin buat folder gambar bagi kemas sikit gallery, bila tengah bosan2 tuh tengok la pic, bila sampai kat folder dia, pic yang tahun lepas (2015) automatik yin fikir "SIAPA DIA NI" yin betul2 x kenal.. mungkin salah 1 faktor pun sbb kami baru kenal then terus ikat.

bila dia buat hal, yin kecewa,,, memang yin paksa otak yin lupakan dia. lupakan memori, lupakan kenangan kami. giler hardcore. hahahahah,,,
so memori yang yin ada semua memori tahun ni (2016).,
untuk memori tahun lepas yin kene take time untuk ingat balik. sbb kecewa,,, sangat menyakitkan. sebab kita percaya dia. lepas tu dia buat hal. rasa nak maki je. kohkohkoh~

btw, yin anggap ni semua Ujian ALLAH. sebab sayangkan makhlukNYA lebih. haha. serve me right.
so yin dan dia sama2 baiki diri. jadi lebih baik.
insyaALLAH moga segalanya dipermudahkan.
amiinnnn....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...