Wednesday, 25 May 2016

Apa KESAN ‘joint loan’ jika salah seorang peminjam MENINGGAL?

Salam semua... semoga sihat sentiasa. Artikel begini amat berguna untuk masa hadapan. makanya, aku pun share sekali untuk korang. yeayyyy~

"Salam Baroqah semua.. Sihat tak hari ini?

Bella doakan kita semua masih terus dipinjamkan rezeki kesihatan yang baik insyaAllah.

Ada yang bertanya Bella tentang isu MRTA/MRTT. Bella ada tulis sikit info ini dalam status yang lepas. Hari ini Bella nak tambah sikit lagi.. boleh?
Soalan: Apa kesan ‘joint loan’ jika salah seorang peminjam meninggal?

Ok, mari Bella kongsi sikit.

Contoh Joint Loan

Harga Rumah (Pinjaman 500k)

Bayaran bulanan: RM2500

MRTT cover 50%-50% (Suami 250k, Isteri 250k).

Suami meninggal, tinggallah isteri dan rumah impian bersama.

Isteri, boleh walk in ke bank (lebih mudah pergi ke home branch) bawa surat tawaran pinjaman (LO), sijil mati, salinan kad pengenalan.

Kalau dah tak jumpa LO, bawalah death cert arwah suami tu. Tuntut MRTT.

Bilamana salah seorang peminjam meninggal dunia dan ada perlindungan MRTT, bahagian si mati akan diselesaikan oleh MRTT.



Situasi di atas

50% daripada outstanding loan amount tu akan selesai. Jadi outstanding loanakan berbaki lagi separuh. Untuk bayaran bulanan pula, akan kekal RM2500 tetapi boleh minta untuk kurangkan sehingga 50%. Jika bayaran bulanan masih RM2500, bermakna tempoh pinjaman akan berkurang, sebaliknya, jika instalment berkurang tempoh pinjaman masih sama.

Dalam kes yang macam ni, bila bayaran bulanan berkurang, ia TIDAK dikategorikan sebagai ‘restructure’. Kita hanya buat ‘adjustment’ sahaja. Tetapi jika, peminjam yang masih hidup tak sanggup nak buat 50% bayaran bulanan dan mahu kurangkan lagi amaun, yang ini terus dikategorikan sebagai ‘restructure’.

Boleh faham tak ayat Bella?

Pendapat persendirian Bella, jika kita buat joint loan, untuk part insurans, lebih baik buat 50-50 atau pun lebihkan % untuk main contributor. Siapa yang bayar lebih untuk pinjaman tu, maka % nya pun dilebihkan.

Sebab apa? Dia yang main contributor. Memang kalau diikutkan sang suami (lelaki) lebih berisiko untuk mati cepat (maaf bahasa kasar) tapi cerita pasal mati ni, tak kira lelaki atau perempuan. Bila-bila masa boleh Innalillah.

Korang justify sendiri hal ini ok. Tetapi pastikan ambillah insurans. Kesian yang tinggal nanti.

Untuk penulisan lain boleh juga rujuk pada status Bella sebelum ini pasal MRTT:

1. MRTT vs MLTT

2. MRTT vs Loan

Harap-harap dapat membantu semua.

Love,
Bella Leana
Pegawai Bank"

MRTT vs Loan



MRTA/MRTT vs Loan..
➖➖➖➖➖➖➖➖

Korang, yang ada housing loan dan yang ambil MRTA/MRTT.. Bella nak tanya nih...


BY SIS BELLA LEANA

--> Korang tau tak MRTA/MRTT korang tu cover berapa tahun? Berapa amount yang dia cover? Masih valid lagi atau pun tidak??

Yang tau, bagus.. Alhamdulillah.. Korang mesti dah go thru korang punya LO/Policy kan?? Gud job.. 👍👍👍

Yang tak tau? Hurm.. Korang tengok balik policy MRTT/MRTA korang tu.. Kalau tak dapat policy, cek LO korang..

Kalau LO dan policy korang dah tak jumpa kat mana, esok pergi walk in ke bank request copy..

MRTA dan Loan.. Apa yang perlu korang ambil tau??

1. Amount of coverage..
Maksud nya, berapa jumlah loan yang insurance tu cover kalau terjadi apa2 pada korang..

2. Period/Term
Berapa lama coverage untuk insurance tu

3. Kalau dah expired, apa yang korang kene buat

Kenapa bella suruh korang ambil tau benda nih??

1. Tak semua coverage of MRTA/MRTA tu merangkumi seluruh amount loan yang korang ambil..

2. Tak semestinya loan 35 tahun coverage pun 35 tahun..

Kenapa jadi macam ni??

Korang ingat tak dulu masa korang apply loan, korang nak kalau boleh semua cost masuk dalam loan.. Ingat tak?? So banker adjust lah sikit.. 5% bukan banyak mana.. Tambah lagi bagi loan amount yang kecik..

So korang punya MRTA/MRTT macam mana??

Bukan apa.. Takut anything happen kat korang sekali dapat tahu yang korang punya insurance tak cover semua amount.. Yang paling sadis, insurance dah expired.. Sebab nk murah punya pasal, insurance cover 5tahun je..

Jangan harapkan banker explain page by page, kadang2 tak terkejar.. Biasanya banker akan explain point2 yang penting.. LO tu dah jadi korang punya tanggungjawab.. Go thru page by page.. Apa yang tak faham refer to banker.. Tambah lagi bab MRTA/MRTT.. Its something yang kita buat for our love ones.. Setuju??

Ok tak nih??

Selamat Malam..
Terima kasih sebab baca tulisan bella yang panjang lebar nih.. ☺☺☺

Love,
Bella Leana
Banker Pilihan Anda

MRTT vs MLTT


SHARE INFO YG BERMANFAAT daripada kak Bella Leana



-->Meh bella belanja luncheon..

Menu luncheon kita hari ni MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT

MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA - Mortgage Level Term Assurance
MLTT - Mortgage Level Term Takaful


Ofcos Assurance ni untuk konvensional while Takaful ni untuk islamic financing sebab patuh syariah

And ofcos insurance ni untuk rumah korang dan hanya cover Death & Total Permanent Disability sahaja.. (Mati & Kecacatan Kekal)

MRTA/MRTT
➖➖➖➖➖
Term "reducing" tu memain kan peranan penting yang mana menunjukkan bahawa untuk insurance ini hanya cover berapa balance of outstanding loan rumah korang..

Contoh:
Loan RM500k MRTA/MRTT 500k.. selepas 10 years outstanding ada RM400k so coverage pun hanya tinggal RM400k jugak..

Biasanya MRTA/MRTT lebih murah as compare as MLTA/MLTT dan boleh di capitalise dalam loan korang (include dlm loan sekali)
Dan tak boleh di transfer ke lain2 property..

Bank akan caj korang one lump sum amount..

Kalau korang jual rumah korang selepas 5 tahun loan, korang still dapat balik MRTA/MRTT korang..
Cth- coverage utk 30thn.. lepas 5 thn jual.. bank dah caj korang upfront sebab capitalised dalam loan.. the remaining 25 years of coverage tu bank akan pulangkan pada korang.. ramai yang tak sedar sebab bank dah siap tolak daripada baki loan amount korang..
Ramai yang ingat duit dia burn kalau dia jual..

Clear??

MLTA/MLTT
➖➖➖➖➖
Word "Level" tu dah bagi maksud yang agak jelas..
Untuk MLTA/MLTT, premium dia agak mahal sedikit.. sebab coverage dia takkan follow outstanding balance loan korang..
Contoh:-
Loan RM500k MLTA/MLTT coverage RM500k..
Selepas 10y.. loan outstanding ade RM400k tapi coverage still ada RM500k.. means kalau korang meninggal waris akan dapat lebihan coverage selepas setel outstanding loan kat bank..

Untuk MLTA/MLTT ni korang boleh bayar setahun sekali atau sebulan sekali atau 6bulan sekali atau 3bulan sekali..
And bank tak boleh capitalised untuk MLTA/MLTT ni (tak boleh masuk loan) so korang kene bayar sampai lah habis term of coverage..

MLTA/MLTT ni biasanya boleh di transfer..
Contoh: Coverage RM500k boleh cover untuk 2buah rumah harga RM250k dan bila loan outstanding dah reduce korang boleh tambah lagi property untuk same MLTA/MLTT

Clear tak???

P/s:: Bella bukan pakar insurance/Takaful..
Untuk lebih kesahihan tentang MLTA/MLTT boleh roger abang Azam Munawar.. Meh support senior bella ni sikit..

Harap dapat membantu korang2 yang blur2 tu..

Majulah Insurance untuk Negara

Love,
Bella Leana
Banker Pilihan Anda

Sunday, 22 May 2016

PORN: semua mesti SALAH perempuan ke?


"Perempuan tu pakai seksi kot... entah-entah dia yang gatal, tak jaga diri.... perangai memang nak mintak kena rogol..."

Jijik sangat statement ni.

Dan video latest tu. Gambar x-ray tu. Somebody posted it and I saw it. Couldn't sleep. Pagi tu ada exam Usul Fiqh II and I couldn't sleep. Because the trauma came back and I had to calm myself down or else tak boleh jawab exam.


It could've easily been one of us ladies. Could've easily been me...

Kenapa? Sebab I was a victim of sexual harassment. Not just one guy. So many. Some I knew. Most I didn't. Don't want to remember. Not once, but so many times. Lost count. Alhamdulillah I wasn't raped. Managed to escape the situation. Ran away. Left the scene. Left the environment. Left work in Damansara. Left Shah Alam. Ran.

Adakah benda-benda ni jadi dekat perempuan yang pakai dan behave menggoda je? Was I scantily clad, mekap tebal, seductive behaviour?

Tak. Pakai tudung, tutup dada. Pakai jubah. Seluar longgar, baju labuh. At one point, even pakai purdah - but I was told to take it off sebab nampak mysterious dan tempting. Always senyum. Tak menggatal. Bercakap lucah bukan zikir harian. Tak bertepuk tampar dengan lelaki.

Yet that happened.

And I was blamed each time.

Kenapa jalan tak ajak kawan?
Kenapa pakai tudung merah?
Kenapa pakai hitam dari atas sampai bawah?
Kenapa pakai lipstick, eyeliner?
Aiman senyum dekat diorang ke?
Dan macam2 lagi soalan. Ridiculous ones.

Kenapa salahkan Aiman? Aiman buat hal sendiri. Aiman tak kacau orang. Aiman siap pakai purdah supaya orang tak tengok muka Aiman. Why not analyze behaviour lelaki tu semua? Diorang memang membesar tak respect perempuan ke? Diorang selalu tengok porn ke? Violent porn? BDSM? Tak cukup kasih sayang dari mak ke? Kena tinggal kekasih pastu nak revenge ke?

Almost kidnapped dalam bas Rapid. Jalan dengan my brother, yet still ada lelaki yang langgar siku dia straight at my chest. Berdiri dalam bas. Kena sentuh punggung. Nak masuk kereta, lelaki tarik. Too many situations that I don't want to remember by writing this. I hate basements. I hate lifts. I hate closed spaces. I hate places that remind me of my struggle to escape. Kenapa tak report polis? Didn't want to remember the details. Didn't want to remember their demonic faces and filthy hands.

More than 4 years. Bertarung dengan depression. Post Traumatic Stress Disorder. Anxiety Disorder. Depended on psychiatrist's pills to survive. Pergi counseling centre macam part of jadual kelas. Pindah UIA, in hopes of a safer environment. Start hafal Quran to help heal my soul. My battered soul... Menjerit waktu exam Criminal Law sebab topik rape, murder, kidnapping terlalu menyakitkan. When I was in my second year, one of the lecturers used to call me once every 2 days to make sure I was still alive (God bless him). Terlalu sakit... Cut myself countless times so that pain kat dalam tu boleh keluar. Overdosed on pills. Spent six to seven months screaming everyday at home due to the pain inside my heart, inside my mind. Tried to die, by God I tried so many times. Tapi sambil tu sambil merintih doa supaya Allah bagi aku kekuatan untuk terus hidup. But that was a horrible period of my life.

Kenapa jadi teruk macam tu?

Sebab sesetengah lelaki sangat tak guna.

Jangan cakap tutup aurat penuh tu akan jamin selamat. One of my friends ada fetish suka perempuan tutup aurat. To quote, "lagi nampak alim dan terjaga lagi la exciting to imagine their moans when I corrupt them".

Bukan perempuan sahaja yang kena jaga diri.
Lelaki kena drill dalam diri yang perempuan itu untuk dihormati, bukan untuk diguna sesuka hati.
Islam dah datang untuk tinggikan maruah perempuan. Untuk dilindungi, dihormati, disayangi. Sebab tu la Quran cakap "Arrijalu qawwamun 'ala nisa". Sebab kau kena lead the way supaya perempuan tu dapat dijaga sebaik-baiknya. Yet you bising-bising perempuan kena hormat lelaki dan dan bila perempuan salah sikit you start demeaning perempuan sexually. Do you apply the same concept of hormat?

Baru tadi baca komen, "perempuan materialistik camni patut bagi barai dulu... hantaran murah sikit bila roadblock takda".

Baru haritu, kawan cakap, "Saja la kan. I think I would never marry you, y'know. Kau berat. Small girls are easier to maneuver during sex." Okay, never mind. Aku tak kisah pun aku overweight, less desirable you guys see me, the safer I am.

Again, do you apply the same concept of hormat to women?

Oh, and before you comment, "Lawa sangat ke Aiman ni sampai kena camtu?" No, don't have to be as pretty as Mira Filzah or Emma Watson for things to happen. It just happens.

Why? Because you simply view us as a piece of fuckable meat.

------------------------------
Sorry for the bad words. Need to let this out. So that people know that a safe environment is a shared responsibility: perempuan jaga diri, lelaki hormat perempuan. Safe and sound.

Share if you wanna.
-----------------------------
FYI alhamdulillah, sekarang dah sembuh. I'm okay now. Smiling and laughing again. Many thanks to those who helped me to live again. If anyone ever encountered similar experiences and need someone to talk to, buzz me up.


by : Aiman Kautsar

post up due to kes mangsa rogol ditusuk dengan cangkul

someone comment my share post by saying "the best way, is to get married" but i denied by saying "sama je. kawen ke x ke, kalau agama letak belakang x guna. banyak je sekarang kes suami dengan isteri orang n vice versa. both, ada tanggungjawab masing2."

cant say all these case should be solve my married. pffttt,,,,, perkahwinan, kalau sebab nak hamburkan nafsu pada si halal is right, betul, x salah. tapi betul ke tujuan utama perkahwinan tu just sbb nak SEX???

It MUST be Because of ALLAH.

contoh lah, memang 2-2 sudah x tahan, sangat2 bernafsu towards each other, puasa dah, mengaji dah, x contact sudah, tapi nafsu masih setinggi awan, makanya, jalan penyelesaian itu WAJIBLAH Nikah. sama-sama kene la berusaha untuk menjadi halal. cari kerja, cari duit, cari agama.

tak mampu?? JAGA AURAT JAGA PANDANGAN. BOTH. bukan perempuan sahaja, bukan lelaki sahaja. 

case closed. END.

FARAID: seronok ke dapat harta si mati?



Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam


ramai yg buta mata sebab harta, bising bab harta orang lain, tapi x sedar dah jadi kejam kat sedara sendiri. homaigad.....

siapa yg pernah buat macam ni, atau sedang, atau bakal, cepat2 la bertaubat. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...