hari ni nk ulas tentang aurat. hoho. tp perlu diingatkan,sy pn
masih x sempurna, :)
BUT,as long as i am a muslim i need to spread the truth. :)
BUT,as long as i am a muslim i need to spread the truth. :)
BERDAKWAH itu wajib bg umat ISLAM.
aurat niy kan para ladies,dye bukan setakat pakai tudung je cukup,tp baju ketat cm sarung nangka,
terlihat segala bentuk,bukit & jurangyang ada pada body masing2...
zaman skg mmg ramai yg dah start pakai tudung,tp caranya SALAH..
sebenarnya kn,x salah nk pakai apa jenis fesyen bertudung TAPI perlu diingatkan terdapat beberapa cara perlu dipatuhi.
berikut adalah dalil2 yang di ambil daripada blog http://www.iluvislam.com :
Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau
Menutupkan Kain Meliputi Kawasan DadaFirman Allah SWT :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali
kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara
lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan
janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah al-Nur : 31)
Dalil 2: Tutuplah
Kecuali Muka dan Tapak TanganHendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya
sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan,
sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai
pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT,
Ertinya : "Dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (Surah al-Nur :
31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa
'yang biasa nampak daripadanya' adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan
sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau
bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang
terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai
Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman,
hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian
itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan
Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai
pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka
hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada
dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut
memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian 'takwa'
seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen
itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma'
Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian TipisDiriwayatkan oleh Abu Daud
daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma' binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi
SAW (baginda merupakan adik ipar Asma') dengan mengenakan pakaian tipis yang
menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata,
"Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan
menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini." Baginda SAW
memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak
dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma' r.ha sebagai wanita baik
tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di
hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah
yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang
isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan
Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW
menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu
Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya,
"Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian
bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk
tulangnya."
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah,
seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula
ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.
JOM LAYAN GAMBAR COMEL2 (drpd rusydee artz)~
P/S:apa yang ALLAH perintahkan tu bukan
BERTUJUAN menyakiti wanita tetapi untuk MELINDUNGI kita. lihat,bertapa
sayangnya ALLAH pada kaum muslimat.. :)
No comments:
Post a Comment