Tuesday, 5 August 2014

Jizyah fahami tentang ia.


so, hye, assalamualaikum.. :)

lately ni aku rajin update blog,hewhew~ so today nk share tentang jizya.
 eh,eh, why?why? tetibe je.  (O-O)

sbb ada non-muslim yg sedih & keliru ttg Jizyah sbb dorang cakap dorang kene paksa bayar. actually, yes, mmg dorang kene bayar, TAPI!
ada syarat-syaratnya... :)

actually benda ni berat tahu, salah bagi jawapan tanggung la kt akhirat nanti. fuuuu... *lap peluh*

btw, aku bagi link korang baca yg full punya, sbb broder ni da explain pjg lebar untuk korang,
so la in case korang ada member yg tanya boleh la korang jawab.
masa explain kt member non-muslim tu berpeluh gk la aku, yela, takut salah beb... T^T
tapi dr diam, takut lak dye pk mmg betul ISLAM PAKSA non-muslim bayar Jizyah, haru la pulak nanti.
=..=

so aku share link ni kt dye & aku ckp jugk aku xley nk explain sgt sbb aku bukan pakar dlm hal ni, aku share apa yg aku tahu.

huhu,, so, this is da link~
----> Jizyah-zaman-dulu-dan-zaman-sekarang

ni sebahagian dari blog broder niyh. aku share. korang baca link tuh sampai habes tahu! karang x faham lak. LoL~

1. Malahan, dalam kitab Ahkam Az-Zimmiyin wa Al-Musta’minin fi Dar Al-Islam, Dr Abdul karim Zaidan ada menyatakan bahawa tergugur juga dari kewajipan non Muslim dari membayar jizyah, sekiranya mereka telah bersatu dengan muslim dalam mempertahankan Negara dari sebarang serangan musuh. Perkara ini telah diamalkan pada zaman pemerintahan Umar bin Al-Khattab dahulu.
2. jizyah tidak dikenakan terhadap kanak-kanak dan perempuan. Ia menjadi bukti bahawa jizyah ini dikenakan terhadap mereka yang asalnya menyerang kerajaan Islam, sedangkan kanak-kanak dan perempuan tidak terlibat dalam peperangan. Makanya tidak hairan jizyah tidak dikenakan kepada mereka.

3. Menjadi kewajipan bagi orang Islam yang berada dalam sesebuah Negara yang diperintah oleh Islam bahawa membayar zakat. Kewajipan ini, tidak sekadar terkena kepada muslim sahaja, tetapi terkena juga terhadap non Muslim. Bayaran yang dikenakan terhadap Muslim itu dinamakan sebagai zakat, sedangkan bayaran yang dikenakan kepada non Muslim itu dikenali sebagai jizyah.

4.  Dalam ayat ini, Allah menjelaskan kepada kita bahawa manusia itu disuruh kenal mengenali sesama mereka. Suruh kenal mengenal itu, tidak dikhususkan kepada sesame muslim sahaja, bahkan juga bersama dengan mereka yang non muslim juga.
Dalam keadaan begitu, Islam melarang dari melakukan kezaliman, waima terhadap mereka yang berbeda agama. Sekiranya ada pihak yang mempamerkan sebaliknya, fahamilah bahawa itu bukan dari ajaran islam.

so then, sekian, Wallahu ‘Alam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...