ahaha~ not from me la, sebab sis x berapa nak pandai bagi tips.
Tips dari brother FB: Musoddiq
=======================================================================
* Jangan terjerat dengan mitos-mitos Universiti macam kau tengok Emma Maembong masuk U dalam Isteri Separuh Masa.
* Jangan terjerat dengan mitos-mitos selepas graduasi, tak dapat kerja tu salah kau, bukan salah sijil kau.
* Jangan ingat budak yang dapat kos pelik-pelik tu belajar senang. Macam TESL atau apa-apa yang anda tidak pernah sangka course tu wujud, ingat mereka belajar twinkle-twinkle little star kat kelas? Percayalah mereka juga struggle seperti anda.
* Kalau kau selalu dengar See You D IPT, ketahuilah, angan-angan itu akan musnah sebab abang-abang dan kakak-kakak usrah akan cakap Couple Haram.
* Jangan jadi Mahasiswa 3K1D (Kelas Kafe, Katil, Dating). Join persatuan atau NGO sukarelawan. Kat situ kau boleh jumpa macam-macam orang yang akan berguna setelah kau begraduasi.
* Jangan terjerat dengan membe-membe yang ajak MLM, mereka cakap je nanti nak pakai kereta Merc ke, Toyota ke, Range Rover ke, dan bebagai lagi. Last-last, habuk pun tak dak.
Kenalan abang yang join MLM, tak ada satu pun yang kaya raya. (Jangan habiskan duit pinjaman atau biasiswa kat budak MLM ni. Nanti sesak-sesak kau nyusahkan mak bapak. Harapkan upline kau? Jangan harap depa ikhlas sangat nak tolong kau).
Abang ulang lagi sekali. JANGAN JOIN MLM!
* Bak kata lecturer yang aku hormati. Kalau niat masuk U sebab nak dapat gaji besar-besar, hentikahlah. U adalah ladang ilmu. Kerja gaji besar adalah dari pengalaman. Baik kau cari pengalaman kalau nak gaji besar.
* Kalau ada pogram kek terbesar, donut terpanjang, nasi paling berani, atau apa-apa yang kau rasa tak payah masuk U pun boleh buat. Kau boikot.
* Ilmu selain course kau, jangan abaikan. Ilmu itu ILMU.
* Last but not least, kalau tak dapat masuk U. Ada banyak free lecture kat youtube. Bukak aja. Ilmu tidak semestinya di Universiti.
- Ikhlas dari abang yang banyak buat silap masa dekat U.
=======================================================================
hidup kat U ni senang je selagi korang x langgar peraturan dan perintah ALLAH. huhu~
ada orang pujuk join MLM yang bagi godaan dapat duit cara mudah janganlah percaya. haha! xde yang mudah sayang. TIADA. tapi kalau ada ajak join bisnes macam DROPSHIP, pergilah, tapi make sure orangnya JUJUR. hewhew~
ilmu tu kat mana2. jangan pandang lekeh pada budak2 kos lain. masing2 ada susah senang dia. ingat, ORANG YANG RIAK SELALU RUGI. rajinkan diri join xtvt kat U. sebab nanti kat luar dah susah nak join program2 sebab dah terikat dengan kerja and macam2.
last but not least, murahkan diri dengan SENYUMAN. tu salah satu cara nak berkawan. hehehe~ tapi jangan senyum macam orang x betul pulak. hahaha! serrammmm~
nah! sis belanja pic masa join program GeNexter kat Putrajaya! hahaha~ best jalan2 and bekerja dengan ramai orang. :)
No comments:
Post a Comment