Thursday 2 June 2016

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Siapa yang rajin bolehlah buat ni. hahaha.
Takoyaki sedap ouhhhhh...mmmmmm....

Hasil dari melawat blog Life Is Beautiful

shall we start. :)

RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula.

BAHAN INTI :
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat..

CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang (Dulu saya guna tisu dapur dicelup dengan minyak, tapi tengok kat stall diorang guna botol sos cam gambar bawah ni aje.. lagi mudah)

2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh

3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang

4. Taburkan daun bawang dan kobis. Saya tengok kat stall letak banyak giler kobis

5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah

6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)

7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat 

8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan

9. Teruskan sampai nampak garing 

10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan

11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

BAHAN HIASAN ATAS :

Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea


Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi

RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI

1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)


notakaki:
Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit. Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..




by the way, siapa yang tengah mencari acuan takoyaki boleh ws saya -01133178261
RM89.00 SAHAJA. POS RM10S/RM18SS

hehe~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...