Thursday 15 November 2012

aku .... Tersentap.....

di ambil dr sahabat ana di matrik. :)



ana dan ustaz asri bertukar tukar kisah.. 


giliran ustaz asri.. di tepi mimbar ustaz memulakan..

al kisah.. sepasang suami isteri belayar di samudera :) ala ala titanic

romantiknya mereka.. saling bermesra.. berdua..

tiba2 cuaca berubah ganas..


angin kencang

laut bergelora..

kapal dilambung ombak.. petir dan kilat sabung menyabung..

mereka habis basah dek hujan

ISTERI mula berbicara yang enggak enggak..

isteri: abang.. matilah kita.. matilah..

suami hnya senyum dan menikmati hujan itu.. sambil menari nari.. menyanyi..

isteri mula emosi..

isteri : ABAAAAAANGG sudah gila ker??

lalu suami menghunus pedang ke leher isteri.. luka si isteri..

suami bertanya : kenapa kamu tidak takut?? kenapa tidak lari?? kenapa tidak menjerit?? kenapa kamu TENANG??

isteri: kerana saya tahu dan paham yang sedang menghunus pedang ini ADALAH SUAMI KU.. SUAMI YANG PENYAYANG..mana MUNGKIN abang akan menyakiti saya..

SUAMI: begitu juga Allah.. walau sehebat atau seteruk mana ujian yang melanda..

PASTI ALLAH TIDAK AKAN MENYAKITI KITA.. ALLAH MAHA PENYAYANG.. MANA MUNGKIN SUAMI MU SAKITI KAMU.. TENTULAH MANA MUNGKIN ALLAH SAKITI HAMBANYA

termenung ana.. berat ujian.. tp ia akan ringan.. jika kita sedar bahawa ALLAH yang memberi ujian.. PASTI DIA tidak akan sakiti kita.. cuma kita yang meraguinya

ana unit tarbiyah tidak dapat nak forward mesej hari ni.. maaf.. salam jumaat.. jangan lupa sunnah al kahfi

allah mengikut sangkaan hambanya:)





"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan 

kesanggupannya." (surah al-Baqarah 284)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...